Sunday, October 25, 2009

KEM REMAJA ISLAM 2009 - MATQI

KEM REMAJA ISLAM 2009


REMAJA LELAKI DAN PEREMPUAN.


1 - 13 Disember 2009


Anjuran: MAAHAD TAHFIZ AL - QURAN WAL IMAMAH



Muqaddimah:


Remaja adalah anugerah tuhan yang amat perlu dibangunkan jiwanya, dipelihara kehormatan dan dimajukan potensinya. Bukan sekadar itu, mereka amat perlu dipimpin agar berkeupayaan mengemudi kehidupan dengan baik dan sempurna. Kemuliaan jatidiri remaja menjadi faktor keunggulan akal budi sesuatu bangsa pada masa depan.


Sehubungan itu, remaja (rebung dalam masyarakat) memerlukan lenturan yang baik samada berbentuk didikan formal atau pengalaman hidup yang mendewasakan. Remaja perlu diasuh mengikut acuan hidup dan budaya Islam sesuai dengan kemajuan zaman dan tuntutan kemodenan.


Dengan ini, MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL IMAMAH (MATQI) bersedia menggembling tenaga untuk bersama - sama membangunkan aset negara yang terbesar ini. Melalui program KEM REMAJA ISLAM 2009 kami berkeyakinan dapat membantu mengembalikan remaja kepada fitrahnya, berketrampilan, berakhlak, berdaya saing dan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.


Pengisian:-


1 - Hafazan Al Quran (Surah - surah penting).
2 - Latihan Dalam Kumpulan / Riadah.
3 - Ceramah Motivasi / Tazkirah.
4 - Zikir Munajat / Qiamullail / Wirid / doa.
5 - Tayangan filem berkaitan Islam.



Syarat Penyertaan:

- Berumur 9 tahun dan ke atas.













Objektif:

1 - Membangunkan nilai Islam dalam jatidiri remaja dan mengukuhkan pengamalan Islam.
2 - Mengembalikan remaja kepada fitrahnya, menghargai nilai diri dan mengembangkan potensi agar berwaspada dalam mendepani cabaran masyarakat moden.
3 - Menyedarkan remaja terhadap cabaran, rintangan, ancaman dan masalah yang biasa dihadapi oleh mereka dengan memandu ke arah jalan penyelesaian.
4 - Merangsang tindakan positif di kalangan remaja agar membantu dalam pembangunan negara.
5 - Peserta dapat menghafaz surah - surah penting sebagai persiapan menjadi imam, beserta zikir - zikir munajat, wirid - wirid dan doa - doa harian.



Pakaian yang perlu dibawa:


1. Pakaian untuk ceramah & LDK.
(Lelaki: kemeja / t.shirt berkolar / seluar slack).
(Perempuan: baju kurung / t.shirt lengan panjang + seluar / tudung).
2. Pakaian untuk solat.
3. Pakaian untuk outdoor.
(Lelaki: t.shirt berkolar / seluar tracksuit)
(Perempuan: t.shirt lengan panjang / seluar tracksuit / tudung)
* Bawa kasut sukan dan stokin.
4. Peralatan untuk khidmat diri:
(Tuala, berus + ubat gigi, sabun, sikat + minyak rambut)



Peringatan !!!


Para peserta disarankan agar tidak membawa wang yang banyak, barang berharga (barang kemas) dan telefon bimbit.



Bayaran Penyertaan:

RM 300 SAHAJA.

* bayaran adalah meliputi fail, bahan - bahan ceramah, bahan - bahan LDK, pen, nota kecil, tag nama, makan minum dan termasuk juga bayaran fasilitator dan penceramah.



Tempat:


MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL IMAMAH Seksyen 23, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.



Sila dapatkan / hantar / faks borang penyertaan ini kepada Urusetia Program di alamat:


MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL IMAMAH.
No 24 & 26, Jalan Pelabur A, 23 / A, Seksyen 23,
40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Nombor tel: 03 - 55481113 / 5 (Linda).
Faks: 03 - 55411119.



Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Ustaz Azrulhakim - 019 2715765.
Ustaz Sapidin Amran - 012 2776404.



PERHATIAN !!!

> Pendaftaran bermula jam 2:30 petang - 3:00 petang hari pertama.
> Ibubapa dijemput hadir majlis penutup pada hari terakhir jam 10:00 pagi.
> Tarikh akhir pendaftaran penyertaan 23 November 2009.



* Gambar foto yang tersiar diambil dari internet.



PERHATIAN ! PERHATIAN ! PERHATIAN !



Tuan - tuan dan Puan - puan menetap di Shah Alam ? Inginkan memasukkan anak - anak kecil ke dalam tadika ? Sila klik disini - PASTI AL FATEH




Berhasrat untuk memberikan pendidikan dan membentuk anak - anak menjadi seorang HAFIZ dalam AL QURAN ? Sila klik disini - MATQI



TERIMA KASIH